Warga Emas Maut Dipercayai Lemas

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di Sungai Segaliud semalam ditemukan mati hari ini dipercayai akibat lemas.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan David Wong berkata mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (Sar) tersebut.

“Mangsa ditemui pada pukul 10.32 pagi dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa, Mohamad Salim, 62, ditemui kira-kira satu kilometer dari bot yang digunakan oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya mangsa seterusnya dibawa ke rumah keluarga mangsa untuk dikebumikan.

Jelasnya operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 11 pagi.

Terdahulu mangsa dikatakan keluar untuk menangkap ikan di sungai tersebut dengan menaiki sebuah bot sebelum dilaporkan hilang.

Namun sepasukan bomba bersama-sama penduduk kampung yang menjalankan operasi pencarian hanya menjumpai bot mangsa dalam keadaan terbalik pada Rabu. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *