1.8 tan sampah dikutip di ODEC UMS

Prof. Datuk Dr D Kamarudin (tengah mengambil gambar kenangan bersama peserta gotong royong. Turut kelihatan Prof. Dr Rossita .Gambar Facebook Naib Canselor UMS – Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin

KOTA KINABALU, 21 Feb – Seramai 1,000 pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan gotong-royong perdana bagi membersihkan kawasan pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC) UMS semalam dan hasilnya, 1.8 tan sampah berjaya dikutip.

Pengerusi penganjur Prof Dr Rossita Shapawi berkata gotong royong itu diadakan bagi memastikan kebersihan di kawasan pantai berkenaan terpelihara, selain bertujuan memupuk semangat sayangkan pantai yang kini menjadi salah satu perkara yang ingin diterapkan pengurusan pihak UMS .

“Seperti yang kita sedia maklum, pantai ODEC merupakan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, maka warga UMS sendiri perlu komited memastikan persekitaran pantai sentiasa dalam keadaan terpelihara dan bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Rossita yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) berkata, penganjuran program itu secara tidak langsung turut mendidik para pengunjung yang datang melawat ke pantai itu untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai.

“Pantai ODEC berupaya menjadi pantai tarikan pelancong yang utama di bandar raya Kota Kinabalu apatah lagi usaha yang ditunjukkan oleh warga UMS yang terus menerus mengadakan program-program membersihkan pantai tanpa henti menerusi Fakulti, Institut, Jabatan dan Pusat.

“Dahulu Pantai ODEC ini terasa sunyi dan sedikit terbiar, namun  apabila kita memperkenalkan konsep pelancongan eko-kampus, kita melihat pantai ODEC sebagai nadi utama pelancongan berasaskan pendidikan,”katanya.

— BERNAMA

Warga UMS turut mengutip sampah di celah-celah batu di tebing pantai UMS. Gambar Facebook Pages Universiti Malaysia Sabah
Antara sampah yang dikutip . – Gambar Facebook Pages Universiti Malaysia Sabah
Antara sampah yang dikutip . – Gambar Facebook Pages Universiti Malaysia Sabah
Gambar Facebook Pages Universiti Malaysia Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *