Enam Rumah Musnah Terbakar Di Jalan Seguntur

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran enam buah rumah terbabit. Gamba Ihsan Bomba

SANDAKAN: Sebanyak enam buah rumah musnah terbakar dalam satu kejadian di Jalan Seguntur-Perkampungan Bakau, pagi hari ini.

Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata kebakaran melibatkan tujuh buah rumah yang mana enam buah terbakar 100 peratus dan sebuah rumah lagi hanya terbakar 20 peratus.

“Namun, ia tidak melibatkan kecederaan mangsa mahupun kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya api dapat dikawal pada pukul 11.13 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Mohd Razali berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran tersebut pada pukul 10.43 pagi.

“Seterusnya, BBP Sandakan digerakkan untuk respon ke tempat kejadian menggunakan dua buah jentera, sebuah ‘water tanker’ dan sebuah kenderaan utiliti sejauh 16 kilometer dari balai.

“Operasi pemadaman kebakaran tersebut ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.49 petang,” jelasnya. -SabahNewsToday

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran enam buah rumah terbabit. Gamba Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran enam buah rumah terbabit. Gamba Ihsan Bomba
258