Ops Sarang gempur lokasi salah guna dadah

PIHAK polis menahan berapa individu dalam satu operasi Op Sarang disekitar daerah Kota Kinabalu. – Foto IHSAN POLIS.

KOTA KINABALU: Polis menahan 58 individu termasuk 20 yang didapati memiliki dadah di bandar raya ini, menerusi Ops Sarang sepanjang minggu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata operasi bermula 9 Februari hingga semalam itu bertumpu di beberapa kawasan yang kerap berlaku penyalahgunaan dadah.

“Antara kawasan diserbu adalah Likas dan Kampung Lobou, Manggatal.

PEGAWAI polis menunjuk dadah yang dirampas selepas menahan beberapa individu dalam satu operasi Op Sarang di sekitar daerah Kota Kinabalu. – IHSAN POLIS
BERAPA individu yang ditahan dalam satu operasi Op Sarang disekitar daerah Kota Kinabalu. – Foto IHSAN POLIS.

“Bagi tempoh itu, seramai 58 individu berusia antara 14 hingga 49 tahun ditahan dan daripada jumlah itu, 20 ditahan kerana kesalahan memiliki dadah manakala 38 lagi didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Habibi berkata, polis turut merampas 29.38 gram dadah dianggar bernilai RM4,400

Katanya, semua tangkapan dibuat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Habibi berkata, operasi dikendalikan oleh pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dengan dibantu anggota balai polis di bawah pentadbiran IPD Kota Kinabalu. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *