Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bertembung Dengan Alza

Penunggang motosikal yang cedera sedang diberi bantuan kecemasan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera parah akibat kemalangan jalan raya di Taman Indah Jaya Batu Empat semalam.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Syamzari Ganih berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan Perodua Alza.

“Dalam kejadian, mangsa yang juga penunggang motosikal telah bertembung dengan Perodua Alza tersebut.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Syamzari berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan tersebut lada pukul 6.38 petang dan menggegaskan seramai 10 anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

Tambahan operasi tersebut ditamatkan pada pukul 7.07 malam. -SabahNewsToday.

Berita Asal : https://www.sabahnewstoday.com/penunggang-motosikal-cedera-parah-bertembung-dengan-alza/

Keadaan motosikal dan Perodua Alza yang bertembung. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *