Trailer hilang kawalan, rempuh tiga kenderaan

Keadaan treler yang bertembung dengan Axia dan Kancil di Pekan Nabalu Jalan Tamparuli Ranau.

TAMPARULI : Satu kemalangan melibatkan sebuah lori trailer (pembawa kenderaan) hilang kawalan melanggar tiga buah kenderaan lain di Daerah Tuaran di KM 34.1 Kg Simpangan Lama Jalan Tamparuli-Ranau.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Dzulbaharin Haji Ismail mengesahkan perkara ini dan memaklumkan, pihaknya menerima makluman orang awam pada pukul 12:45-tenghari tadi.

Kemalangan berlaku apabila lori trailer tersebut dipandu dari arah Ranau menuju ke Tamparuli dan apabila sampai di lokasi ketika menuruni bukit, tayar lori trailer tersebut telah pecah dan pancit di sebelah depan kiri membuatkan lori tersebut hilang kawalan lalu merempuh dua buah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan iaitu kereta Perodua Kancil dan Perodua Axia. Akibat daripada pertembungan tersebut kereta jenis Perodua Axia yang terbabas telah merempuh sebuah lagi kereta Proton Iswara yang parking di tepi jalan.

Kemalangan ini menyebabkan pemandu kereta Perodua Kancil cedera luka di bahagian tangan dan pemandu Produa Axia mengadu sakit di bahagian dada manakala pemandu lori trailer tidak mengalami sebarang kecederaan. Kedua – dua mangsa kemalangan telah dihantar ke Hospital Tuaran untuk pemeriksaan lanjut. Kemalangan ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sumber/Foto : IPD Tuaran / Berita RTM Sabah

495