Remaja lelaki lemas ketika memukat ikan

GAMBAR HIASAN

KOTA BELUD, 26 Jan – Seorang remaja lelaki lemas ketika memukat ikan di sungai Kampung Umpul, Kulambai dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata mayat Mohd Lokman,17, ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat itu kira-kira 11.30 pagi tadi.

“Balai bomba Kota Belud telah menerima panggilan kecemasan pukul 11.12 pagi dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi,” menurut  kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

261