Rumah kongsi musnah dalam kebakaran

Foto Ihsan Bomba

SANDAKAN, 18 Jan РSebuah blok rumah kongsi 10 pintu jenis tidak kekal di Estet Kedau Lung Manis, Beluran, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.48 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran bergegas ke tempat kejadian sejauh 45km dari balai bomba berkenaan.

Tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi tamat pada 6.02 petang.

Kenyataan itu menyebut turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah motosikal.

— BERNAMA

Foto Ihsan Bomba
169