Polis Sabah perlu giat usaha tangkap dalang edar dadah

gambar hiasan

KUNAK – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Zaini Jass mahu polis kontinjen negeri itu mempergiatkan usaha menangkap dalang di sebalik pengedaran dadah di Sabah.

Katanya kebanyakan tangkapan yang dilakukan hanya melibatkan pengedar kecil-kecilan sahaja.

“Berikutan itu semua anggota perlu berkerja keras untuk menangkap dalangnya… Kalau ada tangkapan (kecil) setiap hari, maksudnya mesti dadah tu ada (dalang) yang bawa masuk ke sini,” katanya ketika ditemui pemberita sempena lawatan kerja rasmi seharinya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak di sini, hari ini.

Mengenai lawatannya itu, Zaini berkata Polis Diraja Malaysia perlu menambah baik baik penyampaian perkhidmatannya denga setiap aduan yang diterima perlu diambil tindakan segera.

“Setiap yang membuat aduan atau laporan polis itu, pastinya mempunyai masalah dan jangan ambil remeh sebaliknya ambil tindakan segera,” katanya lagi yang turut meninjau aspek kebajikan anggota dan pegawai polis serta logistik di balai polis Kunak.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Baharin Md Tahir berkata pihaknya berjaya menyelesaikan 106 kes jenayah pada tahun lalu berbanding 48 kes pada tahun 2017.

Selain itu, Baharin berkata hasil daripada penyiasatan efektif, kadar peratusan pertuduhan cawangan siasatan jenayah pada tahun lalu adalah sebanyak 128 kes.

— BERNAMA

339