Enam rumah setinggan terbakar

Enam rumah musnah dalam kebarakan di Kampung Desa Bajau, Lahad Datu

LAHAD DATU: Enam rumah setinggan di Kampung Desa Bajau, Jalan Tengah Nipah, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian jam 10.10 pagi itu dan kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sembilan anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 10.16 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, katanya, beberapa rumah setinggan di kawasan kampung berkenaan dilihat sedang terbakar.

“Api dapat dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan pada jam 11.03 padi. Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran memusnahkan enam rumah.

“Operasi tamat pada jam 12.28 tengah hari. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini. – Berita Harian

491