Budak Lapan Tahun Cedera Parah, Kayu Tertusuk Bahu Kiri

Pihak bomba membantu memotong kayu yang tertusuk di bahu kanak-kanak tersebut. Foto Ihsan Bomba

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah akibat tertusuk kayu di badannya.

Pasukan bomba menjalankan operasi memotong kayu yang tertusuk di bahagian bahu kiri seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun di Hospital Semporna, petang tadi.

Anggota bomba kemudian memotong kayu tersebut dengan menggunakan peralatan khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan dan dibawa ke Hospital Tawau.

Pihak bomba membantu memotong kayu yang tertusuk di bahu kanak-kanak tersebut. Foto Ihsan Bomba
248