Sandakan dilanda banjir kilat

Foto Ihsan Pembaca

SANDAKAN : HUJAN lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sandakan dilanda banjir kilat.

Di Kampung Memanjang, air dari Sungai Memanjang dilaporkan naik jam 4.55 pagi menyebabkan pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihantar ke lokasi untuk melakukan pemantauan.

Di Kampung Garinono dan Kampung Pertanian Batu 25, pula, air dilaporkan naik kira-kira 7 pagi dengan kedalaman air antara 0.6 hingga 0.9 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pasukan pemantau dihantar ke lokasi yang terjejas bagi memantau keadaan dan penduduk di Kampung Memanjang sudah mula mengangkat barangan ke tempat selamat.

“Pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga dalam usaha mengeluarkan penduduk yang terperangkap di Kampung Garinono.

“Kita menjangkakan keadaan banjir kilat akan beransur pulih jika hujan tidak berterusan,” katanya hari ini.

Setakat jam 10 pagi tadi tiada penduduk dipindahkan.

Difahamkan, banjir kilat turut melanda di beberapa lokasi, selain berlaku tanah runtuh. – Harian Metro

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
417