Lelaki warga Pakistan maut kemalangan

LELAKI warga Pakistan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah trailer di Batu 25 Jalan Apas, di Tawau. – ihsan bomba

TAWAU: Lelaki warga Pakistan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah trailer di Batu 25 Jalan Apas, di sini, petang tadi.

Gul Hazrat, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata dalam nahas kira-kira jam 2 petang itu, mangsa bersama isteri yang menaiki Nissan Navara dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Air Tengah, Semporna selepas menjemput saudaranya yang baru tiba dari Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Tawau.

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika melalui kawasan kejadian, mangsa dikatakan cuba mengelak lopak air akibat hujan lebat sebelum hilang kawalan dan merempuh tiang lampu di pembahagi jalan.

“Kereta dipandu mangsa kemudian terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh bahagian kanan lori dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian manakala isteri dan saudara mangsa masing-masing cedera pada kepala dan lutut,” katanya di sini, malam ini.

Fadil berkata, pemandu lori bagaimanapun tidak cedera, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Berita Harian

LELAKI warga Pakistan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah trailer di Batu 25 Jalan Apas, di Tawau. – ihsan bomba

LELAKI warga Pakistan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah trailer di Batu 25 Jalan Apas, di Tawau. – ihsan bomba

keadaan lori selepas dirempuh kenderaan jenis pacuan 4 roda – foto media sosial
Keadaan kereta mangsa. foto media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *