Kronologi kes kanak-kanak dua tahun dijadikan tebusan

1 tengah hari

– suspek naik ke tingkat 4 pangsapuri dan mengambil sebotol minuman

– suspek kemudian menculik mangsa yang bermain di tingkat 4

2.30 petang

– orang ramai meletakkan tilam di tingkat bawah kerana khuatir suspek mencampakkan mangsa.

4 petang

– polis tiba sebaik menerima panggilan

4.50 petang

– polis memasang garisan kuning di sekitar rumah yang menjadi persembunyian suspek dan tempat dia menjadikan mangsa sebagai tebusan

5.05 petang

– suspek membuang sesuatu dari tandas menyebabkan orang ramai di bawah menjerit

– sepasukan anggota polis lengkap bersenjata berkawal di luar rumah berkenaan

5.10 petang

– beberapa anggota polis bersenjata mengambil kedudukan di dalam rumah berhampiran

5.17 petang

– suspek menjerit ‘jangan ada yang masuk’ lalu membuang sesuatu dari tingkat 4

5.35 petang

– polis melepaskan tujuh das tembakan dan suspek mati di tempat kejadian

– kanak-kanak berusia dua tahun yang dijadikan tebusan dibawa ke hospital dengan ambulans – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *