PPM Tawau Tahan Dua Warga Asing Bawa Barang Tidak Bercukai

TAWAU – Pasukan Polis Marin Tawau semasa melaksanakan tugas Op Gelora Khas di kawasan Laut Pelabuhan Tawau telah menahan sebuah botlaju pada jam 3.00 petang tadi. 

Gambar Pasukan Polis Marin

ACP Hj. Mohamad Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, ‘Sebuah botlaju telah ditahan dan diperiksa oleh botronda PSC 50 Pasukan Polis Marin Tawau yang dijuragani seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun semasa botlaju tersebut sedang bergerak dari Sungai Haji Kuning menuju ke arah CIQ Tawau.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan ke atas muatan botlaju tersebut telah menjumpai tiga plastik hitam mengandungi 120 helai kain Bali. Pemilik barang tersebut seorang perempuan warga Indonesia berumur 46 tahun yang juga penumpang botlaju tersebut mengaku membawa kain itu dari Nunukan Indonesia dan gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran atau pengesahan dari pihak Kastam. 

Kesemua barangan tersebut dirampas dan kedua-dua saspek ditahan dan dibawa ke pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan dianggarkan RM1,200.00.

Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa masuk barang tidak bercukai untuk tujuan pasaran di daerah Tawau.

Sumber : Facebook Pasukan Polis Marin

193