Kereta Terbabas Dan Terbalik Di Jalan Kimanis – Keningau

KENINGAU: Satu kemalangan jalan raya berlaku di Kilometer 20 Jalan Kimanis-Keningau lewat petang tadi.

Anggota Bomba berusaha memeriksa keadaan kenderaan dan sekitar kemalangan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Raizaain Ag Damit berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan Perodua Axia.

“Kemalangan tersebut turut melibatkan seorang lelaki yang juga pemandu Perodua Axia yang terbabas sendiri ke bahu jalan lalu terbalik.

“Namun, keadaan dan maklumat mangsa tidak diperolehi kerana telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sementara itu, Raizaain berkata Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 6.10 petang.

Dalam pada itu, jelasnya BBP Keningau menggegaskan seramai 11 orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan selamat di lokasi.

“Operasi ditamatkan pada pukul 6.56 petang,” katanya. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *