Wanita Disyaki ‘Penjual Batu’ Dicekup Polis Tawau

Tawau, 29 Disember 2018 – Bertindak atas maklumat melalui aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP), sepasukan polis telah menyerbu kawasan setinggan di Batu 3 Jalan Apas petang semalam.

Foto Facebook Polis Daerah Tawau

Hasil pemeriksaan seorang wanita warga asing berusia 49 tahun dikenalpasti sebagai suspek yang menjalankan aktiviti menjual syabu ditahan pihak polis.

Pemeriksaan awal ke atas bungkusan yang dibawa wanita tersebut, pihak polis menemui lebih kurang 47 paket lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki syabu.

Wanita berkenaan dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai boleh memuat turut aplikasi VSP sekarang melalui pautan di bawah untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada PDRM

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *