Cubaan Masuk Ke Tawau Disekat Polis Marin

TAWAU- 26/12/2018 (Rabu), Semasa botronda RH 59 Pasukan Polis Marin Tawau menjalankan tugas ‘Ops Gelora’ di kawasan laut Hj Kuning Tawau telah menahan dan memeriksa sebuah bot laju jenis penambang jam 2.30 petang tadi.

Foto Pasukan Polis Marin

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, botlaju tersebut dikendalikan seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut didapati seorang penumpang lelaki berumur 47 tahun warganegara Indonesia tidak memiliki sebarang dokumen diri yang sah. Saspek tersebut ditahan, seterusnya dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk buat laporan polis.

Kesalahan dibawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000.00, penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan enam kali sebatan.

Sumber : Facebook Pasukan Polis Marin

Foto Pasukan Polis Marin
Foto Pasukan Polis Marin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *