Kes Saspek Militan Masuk Negara Secara Haram Disebut Januari Depan


KOTA KINABALU: Seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas militan Abu Sayyaf diarahkan hadir untuk sebutan kes di Mahkamah Sesyen, 4 Januari depan.

Anggota polis dari Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas (E8) mengiringi tertuduh Muslihal Aw Walar, 48, yang juga disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Tertuduh, Muslihal Aw Walar, 48, tidak membuat sebarang pengakuan ketika dibawa di hadapan Majistret Afiq Agoes, pagi tadi.

Muslihal, dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963 kerana masuk secara tidak sah ke negara ini.

Anggota polis dari Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas (E8) mengiringi tertuduh Muslihal Aw Walar, 48, yang juga disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara maksimum lima tahun jika disabitkan kesalahan.

Lelaki warga Filipina itu ditahan dalam satu operasi khas membabitkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas (E8) di Tenom, pada 27 November lalu. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *