Pemandu Cedera Parah Dalam Pertembungan Dua Keneraan Di Tambunan

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit daripada Perodua Kancil tersebut. Gambar SNT/Ehsan Bomba

TAMBUNAN: Seorang lelaki cedera parah tersepit di antara kerusi pemandu dan stereng keretanya dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Dabata pada malam Ahad.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan Ranizan Samirin berkata mangsa yang cedera parah itu sedang memandu kenderaan Perodua Kancil dan bertembung dengan kenderaan Toyota Vigo.

Keadaan Perodua Kancil yang remuk di bahagian hadapan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Mangsa berumur 30 tahun yang tersepit dikeluarkan oleh anggota bomba dan Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke Hospital dengan menggunakan Ambulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sementara itu, katanya Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasaan berkenaan pada pukul 10.19 malam.

Keadaan kedua-dua kenderaan dalam kemalangan itu. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Dalam pada itu, jelasnya BBP Tambunan menggegaskan empat orang anggota ke lokasi bersamanya.

“Pasukan Bomba bertindak melakukan pemeriksaan bagi memastikan keadaan selamat di sekitar lokasi kemalangan.

“Operasi tamat pada pukul 10.50 malam,” jelasnya. -SabahNewsToday

206