Nelayan Disamun Enam Lelaki Bertopeng, Bersenjata Api di Apas Parit Tawau

TAWAU – Seorang nelayan bersama dua anaknya berdepan detik cemas apabila disamun oleh enam lelaki yang bertopeng dan bersenjata api jenis senapang di Kawasan Perairan Apas Parit Tawau, petang kelmarin.

Gambar Facebook Pages BESTawaufm

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, mangsa 49 tahun bersama anak-anaknya dipercayai keluar memukat ikan dengan menggunakan Jongkong kayu serta dua buah enjin Yamaha 15hp di Kawasan perairan berkenaan sebelum didatangi enam lelaki tidak dikenali.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa dan dua anaknya diarahkan pergi ke hadapan bot sambil diacukan senjata untuk membuat pemeriksaan selepas suspek bertindak merapatkan bot yang dinaiki dengan bot mangsa.

Katanya, salah seorang suspek telah mengambil spanar yang diletakkan di belakang bot dan bertindak membuka sebuah enjin bot milik mangsa lalu kemudiannya mengambil beg silang yang diletakkan di atas bot yang berisi sebuah telefon Samsung, lesen perikanan, lesen perahu, surat enjin dan ‘My Kad’ milik anak mangsa sebelum beredar menuju ke perairan Indonesia.

ACP Fadil berkata, siasatan mendapati tempat kejadian merupakan lebih kurang 5 hingga 6 batu nautika dari sempadan Indonesia.

Katanya, siasatan turut mendapati keenam-enam suspek berpakaian biasa dan memiliki senjata api yang diletakkan di sisi masing-masing manakala empat daripada suspek berkenaan memakai topeng muka.

Menurut ACP Fadil, kesemua suspek juga dipercayai menggunakan bot jenis plawood panjang lebih kurang 14 kaki, tiga kaki lebar dan menggunakan enjin 15hp Yamaha.

Sementara itu katanya, pihak Polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat.

Sumber Facebook Pages #BESTAWAUfm

Gambar Facebook Pages BESTawaufm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *