Bas Persiaran Terbabas-19 Pelancong Korea Cedera Ringan

KOTA BELUD: Seramai 19 orang pelancong Korea mengalami kecederaan apabila bas persiaran yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kelawat petang tadi.

Keadaan bas persiaran yang terbabas pada insiden tersebut.


Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Rozlan Osman berkata bas persiaran berkenaan terbabas dengan sendiri lalu terbalik semasa menuruni bukit ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud.

“Terdapat seramai 19 orang mangsa terlibat dalam insiden tersebut yang terdiri daripada pelancong Korea kesemuanya.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan biasa dan diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta Ambulans.

“Seterusnya kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud menggunakan jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Rozlan yang juga Ketua BBP Kota belud berkata pihaknya masih belum memperolehi maklumat mangsa.

“Maklumat terkini akan di kemaskini dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Sementara itu, katanya Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan berkenaan pada pukul 5.39 petang den menggegaskan BBP Kota Belud dan Tuaran ke lokasi kejadian bersama 20 anggota. -SabahNewsToday

Gambar Ihsan Pembaca
Gambar Ihsan Pembaca
Gambah Ihsan Pembaca

95