Ladang Lembu Ranau Jadi Tumpuan

RANAU, 8 Dis – Desa Cattle Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu tenusu antara tempat yang menjadi tumpuan kunjungan pelancong tempatan dan luar negara di Mesilau Kundasang, Ranau.

Terletak di kaki Gunung Kinabalu, ladang seluas 199 hektar menerima ramai pengunjung terutama ketika cuti sekolah.

Dengan bayaran masuk RM5 seorang dewasa dan RM4 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, pelawat berpeluang melihat lebih dekat ladang ternakan lembu tenusu yang dibuka setiap hari.

Selain itu,  pelawat yang mengunjungi Desa Cattle Dairy Farm boleh merasai produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato sambil menikmati keindahan gunung Kinabalu.

Desa Cattle Dairy Farm diusahakan Desa Cattle Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Sabah yang merupakan pengeluar susu lembu dan produk tenusu utama di Sabah.


– BERNAMA

212