Wanita Bisu Antara 11 Ditahan AADK Sabah

Antara yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah dalam Ops Cegah

WANITA bisu bersama teman lelakinya antara 11 individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah dalam Ops Cegah di Beaufort dan di dua kampung di Kuala Penyu, awal pagi tadi.

Operasi bermula kira-kira jam 1 pagi dan berakhir 5 pagi tadi, wanita berusia 28 tahun ditahan di sebuah rumah sewa di pekan Beaufort.
Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran.

Antara yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah dalam Ops Cegah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *