Festival Tanglung Antarabangsa di Sabah Februari depan

KOTA KINABALU, 21 Nov – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dengan kerjasama sebuah syarikat tanglung terbesar di China akan menganjurkan Festival Tanglung Antarabangsa di Tanjung Aru, di sini, bermula 21 Feb tahun depan.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata penganjuran acara itu diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019 dan ia adalah julung kalinya diadakan secara besar-besaran di negeri itu.

“Festival Tanglung Antarabangsa itu akan berlangsung sehingga 10 Mei 2019 dan orang ramai dan pelancong luar berpeluang melihat pelbagai pameran lampu berasaskan hidupan liar yang terdapat di Sabah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pesta tanglung itu  diadakan sepanjang kira-kira tiga kilometer sehingga ke pantai Tanjung Aru.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *