Penyelia Tapak Binaan Temui Bom Tangan

Gambar Jabatan Start Kontinjen Sabah

LABUAN: Sebutir bom tangan dijumpai oleh seorang penyelia tapak bina di kawasan tanah kosong sebuah tapak pembinaan flat kediamaan di Kampung Ganggarak, di sini, petang kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintendan Muhammad Farid Ahmad, lelaki yang bertugas sebagai penyelia tapak bina berumur 27 tahun itu memaklumkan telah menjumpai objek dipercayai sebutir bom.

“Sejurus perkara itu dilaporkan kepada pihak polis, sepasukan anggota dari IPD Labuan diketuai oleh Ketua Bahagian Sumber Strategi dan Teknologi (KBStaRT), Asisten Superintendan Ahmad Fathie Md Salleh bersama lima anggota dari Unit Pemusnah Bom IPD Labuan digerakkan ke lokasi penemuan bom.

“Hasil pemeriksaan fizikal terhadap objek berkenaan, pihak polis mendapati penemuan terbabit adalah sebutir bom tangan berukuran 4 inci panjang dengan anggaran berat seberat satu kilogram dan keadaan bom berkenaan masih mempunyai ‘lever’,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Farid, tiada tanda pengenalan pada “UXO” (Unexploded Explosive Ordnance) bom terbabit membuatkan pihak polis tidak dapat mengenalpasti milik asal bom itu kerana ia telah berkarat dan sukar untuk dikenalpasti.

Sebagai langkah-langkah keselamatan, pihak polis telah memasangkan pita garisan polis di sekitar kawasan penemuaan dan telah mengarahkan anggota berkawal semalaman berikutan hari sudah gelap kelmarin.

“Tugas memusnahkan bom tangan berkenaan telah dijalankan pada pagi tadi,” katanya.

Sumber -SabahNewsToday

Gambar Jabatan Start Kontinjen Sabah
Gambar Jabatan Start Kontinjen Sabah
Gambar Jabatan Start Kontinjen Sabah
513