Musa Aman tidak hadir Sidang DUN Sabah

Tan Sri Musa Aman

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan hadir sepanjang persidangan ke-15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, minggu ini.

Speaker DUN, Datuk Seri Syed Abas Syed Ali, ketika berucap pada pembukaan sidang berkenaan hari ini berkata, bekas ketua menteri itu tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.

“Saya meluluskan cuti ADUN Sungai Sibuga sepanjang persidangan ini atas faktor masalah kesihatan,” katanya.

Musa kembali ke negeri ini dari Kuala Lumpur pada 7 November lalu bagi mendengar keputusan perbicaraan saman pemula untuk menentukan beliau sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Beliau mencabar perlantikan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai tidak sah, namun ditolak Mahkamah Tinggi di sini.

Musa turut tidak hadir pembentangan Belanjawan Negeri 2019, Jumaat lalu. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *