Sabah Dapat RM5.009 Bilion Tahun Depan

Lim membentangkan Bajet 2019 di Parlimen.

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan RM5.009 bilion untuk Sabah dalam Bajet Negara 2019.

Jumlah tersebut adalah 17.5 peratus lebih besar daripada peruntukan yang diperolehi Sabah iaitu RM4.133 bilion untuk tahun ini.

Membentangkan Bajet Negara 2019 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini, Lim berkata Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan
Borneo Sabah dan Sarawak tertakluk kepada kajian rasionalisasi
kos.

“Di samping itu, projek di Sabah dan Sarawak akan merangkumi pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, serta pembangunan koridor ekonomi masing-masing,” katanya.

Sumber -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *