Maszlee tinjau sekolah daif di Sabah bulan depan

KOTA KINABALU, 25 Okt – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melawat sekolah-sekolah daif Sabah bulan depan untuk melihat lebih dekat lagi keadaan sekolah-sekolah berkenaan.

Beliau berkata lawatan yang dirancang dengan kerjasama Kerajaan negeri itu adalah sebahagian daripada usaha pihak kementerian untuk menambah baik sekolah-sekolah berkenaan.

Katanya dalam kunjungan beliau ke Sabah hari ini, beliau tidak sempat melawat sekolah daif, dan hanya berkesemptan meninjau beberapa sekolah di kawasan bandar sahaja.

“Selepas ini kita akan pergi kesana dalam usaha untuk memperbaiki sekolah daif di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2018, yang disertai kira-kira 330 peserta di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul berkata setakat ini 30 sekolah daif di Sabah siap dibaiki, dengan 28 daripadanya diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala dua lagi oleh Kementerian Pendidikan.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *