Rakyat perlu berkorban, kewangan negara terhad

SHAH ALAM: Rakyat perlu berkorban pada masa kini kerana tiada lagi bantuan yang diberikan dengan mudah seperti zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi terlalu banyak bantuan kepada rakyat meskipun di saat kewangan negara tenat.

Menurutnya, bantuan yang diberikan pada ketika itu adalah semata-mata untuk mendapat sokongan dan undi supaya mereka terus berkuasa.

“Kerajaan dulu suka bagi duit pada orang, kita kata kita tiada duit, duit yang mereka bagi itu duit curi.

“BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dia bagi itu duit curi, nelayan pun dapat gaji, semua orang dapat, semata-mata nak beli sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15 di sini, hari ini.

Katanya, rakyat perlu menerima hakikat bahawa kerajaan tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk memberi pelbagai bentuk bantuan seperti dulu.

“Pada saya, itulah pengorbanan paling besar dilakukan rakyat pada masa kini,” katanya.

Sumber : Beria Harian

80