7 rumah teres musnah dalam kebakaran di Keningau

TUJUH unit rumah teres musnah terbakar di Taman Juta, Keningau. – Foto ihsan bomba

KENINGAU: Sederet tujuh unit rumah teres di Taman juta, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.10 malam tadi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Seramai 17 anggota dan tiga jentera serta satu Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal jam 11.15 malam dan kebakaran membabitkan tujuh rumah jenis teres satu tingkat musnah sepenuhnya,” katanya di sini.

Khatizah berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan tetapi tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumer : Berita Harian

TUJUH unit rumah teres musnah terbakar di Taman Juta, Keningau. – Foto ihsan bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *