Seramai 75 terima darjah kebesaran Sabah hari ini

GAMBAR BERNAMA

KOTA KINABALU, 6 Okt – Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah mendahului senarai 75 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulangtahun ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.

Hashim dan David Wong adalah penerima darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Sementara itu, seramai 35 orang menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ignatius Darrel Leiking; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong; Timbalan Ketua Menteri Christina Liew; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi; Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Peter Anthony; Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong; Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick; Menteri Belia dan Sukan Poon Ming Fung; Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman; Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Uda Sulai; Pembantu Menteri kepada ketua menteri Wong Sze Phin.

Turut menerima PGDK ialah Setiausaha Persekutuan Sabah Nor Rizan Mohd Thani; Peguam Besar negeri Zaleha Rose Pandin; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah; Mejar Jeneral Datuk Mohd Anuar Rijaludin; Pengarah Pendakwaraya Duncan Sikodol; Setiausaha Tetap Kementerian Luar Bandar Sabah Abu Bakar Latip; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai.

Penerima lain PGDK ialah Ruji Ubi; Mohamad Said Hinayat; Manshor Mohd Jaini; Musa Sulaiman; Yusof Abd Abbas;Sa’adilah Abdillah; Dr Sotimin Muhalip; Datuk Jamalul Kiram Zakaria; Janice Lim Fung Ha; Kaim Kalimin; Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir; Pak Chee Eng; Yusoff Md Sait @Mohd Said; SAC Mazli Mazlan, Brig Jeneral Datuk Hamdan Ismail dan Alexander Decena.

Tiga penerima Jaksa Pendamai iaitu Jakaria Ab. Jalil; Elsie Primus dan Fredie Sua @ Freddy Gerald Suah.

Antara 23 penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) ialah Awang Husaini Awang Sahari (Anggota Parlimen Putatan), Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (Timbalan Menteri Tenaga Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar) dan Jannie Lasimbang (Pembantu Menteri kepada Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri).

Laksamana Pertama Adam Aziz (Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu) dan Kapten Zahid Abd Aziz (Asistan Ketua Staf Pentadbiran Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM) antara 25 penerima Ahli Darjah  Kinabalu (ADK).

Sumber – BERNAMA

122