Mufti Sabah enggan ulas kenyataan Mujahid

 DATUK Bungsu @ Aziz Jaafar. (tengah) – Foto NSTP

KOTA KINABALU: Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar mahu melihat dahulu laporan akhbar berhubung kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan operasi khalwat sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi.

Beliau ketika dihubungi NSTP berkata, mengakui belum membaca kenyataan Mujahid itu dan enggan mengulasnya tanpa membaca terlebih dahulu kerana bimbang pendapatnya tidak selari dengan isi kandungan laporan terbabit.

“Saya tengok (baca) dulu laporan itu bagaimana, nanti saya komen (beri pandangan), (saya bimbang) kandungan atau maksudnya mungkin lain. Jadi saya tengok dulu komen itu bagaimana,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang berkata pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan pandangan beliau berhubung kenyataan Mujahid bahawa tiada lagi tangkapan khalwat dilakukan pada waktu malam gagal selepas beberapa kali dihubungi melalui panggilan telefon dan WhatsApp tidak berjawab.

Beliau menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *