Orangutan Borneo yang jalani pemulihan kembali ke habitat hutan

GAMBAR : SABAH’S WILDLIFE CONSERVATION

LAHAD DATU, 4 Okt – Seekor Orangutan jantan bernama “Tiger” berjaya dipindahkan kembali ke hutan, 18 taun selepas tiba buat kali pertama di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok di Sandakan ketika berusia dua tahun.

Usaha bersama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Orangutan Appeal UK (OAUK), sebuah badan amal yang berpusat di UK, menyaksikan Orangutan berusia 20 tahun itu kembali ke daerah Lahad Datu, selepas diselamatkan dari kem pembalakan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata kelihatan takut apabila dihantar ke Sepilok hampir dua dekad lalu dan sejak itu telah menjalani pemulihan.

“Tiger kini ditempatkan di Rizab Hidupan Liar Tabin, juga di Lahad Datu. Rizab hidupan liar ini merupakan tempat yang sesuai untuk melepaskan Orangutan itu kerana ia cukup luas untuk Tiger mencari makanan.

“Jabatan Hidupan Liar Sabah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Orangutan Appeal UK kerana membiayai keseluruhan operasi perpindahan yang melibatkan kos lebih RM50,000.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) kerana membiayai Unit Penyelamat Hidupan Liar yang memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan operasi ini,” kata beliau.

pengasas dan pengerusi Orangutan Appeal UK, Sue Sheward berkata ia merupakan detik bersejarah untuk Orangutan jantan dipindahkan dari Sepilok ke Rizab Hidupan Liar Tabin.

“Pasukan dari Jabatan Hidupan Liar Sabah, Unit Penyelamat Hidupan Liar dan Orangutan Appeal UK menggemblengkan sumber mereka bagi memungkinkan usaha yang luar biasa ini,” kata Sue.

Orangutan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Sumber – BERNAMA

GAMBAR : SABAH’S WILDLIFE CONSERVATION
GAMBAR : SABAH’S WILDLIFE CONSERVATION
GAMBAR : SABAH’S WILDLIFE CONSERVATION
GAMBAR : SABAH’S WILDLIFE CONSERVATION
GAMBAR : SABAH’S WILDLIFE CONSERVATION
GAMBAR : SABAH’S WILDLIFE CONSERVATION

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *