Polis Beaufort tahan tiga individu disyaki terlibat kes dadah

SEKADAR GAMBAR HIASAN

BEAUFORT, 2 Okt – Tiga individu, dua daripadanya wanita berumur 18 hingga 32 tahun ditahan di Kuala Penyu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Beaufort ,DSP Azmir Abd Razak berkata ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan di kawasan Tokong Sen Thien, Kampung Kabunau kira-kira 5.00 petang, Ahad lepas.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek pihak polis menjumpai dadah dipercayai jenis syabu seberat 0.57 gram di dalam beg tangan seorang daripada suspek.

“Semasa tangkapan hendak dilaksanakan, seorang suspek bertindak agresif cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan semasa tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azmir kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber – BERNAMA

145