PPM rampas barangan bersubsidi

PASUKAN Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki selepas membawa barangan bersubsidi tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP), di Tawau. – Foto ihsan PPM

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PM) menahan seorang lelaki kerana membawa barangan bersubsidi tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Sabtu lalu.

Bot dikendalikan lelaki tempatan berusia 53 tahun itu ditahan anggota PPM Tawau ketika melalui perairan Tanjung Saima menuju ke arah Kampung Sungai Haji Kuning di Pulau sebatik, pada jam 11.29 pagi.

Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz, berkata antara barangan bersubsidi yang dirampas ialah 12 kotak minyak masak seberat 204 kilogram, 15 kotak tepung gandum dan 16 karton mengandungi 192 kilogram gula pasir.

“Turut dirampas ialah bot laju dan enjin sangkut 40 kuasa kuda (hp) yang digunakan dalam aktiviti berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM23,200,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu akan dirujuk kepada KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya dan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *