PAPAR: Seorang lelaki tempatan berjaya ditahan sepasukan polis bersama dadah jenis syabu seberat 0.15 gram di sini awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata suspek yang menaiki kereta dikesan dalam keadaan mencurigakan di Bulatan Kimanis Jalan Papar-Beaufort kira-kira jam 1.20 pagi.
“Sebaik ditahan polis berjaya menemukan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.15 gram yang dibawa suspek.
“Suspek berumur lingkungan 31 tahun itu kemudiannya ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Bath berkata kejayaan ini adalah salah satu usaha polis membanteras aktiviti jenayah terutamanya di daerah ini.