Hilang Ketika Mandi, Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemukan Lemas di Sungai Bengkoka

Pasukan bomba membawa mangsa keluar sebelum diserahkan kepada pihak polis.

PITAS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui lemas ketika mandi bersama empat individu lain di Sungai Bengkoka, Kampung Pondoi, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan 14 tahun hampir lemas sebelum dihantar ke hospital, manakala remaja perempuan berusia 18 tahun dan remaja lelaki berusia 14 tahun terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.17 petang.

Katanya, enam anggota bersama jentera dan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tiba di lokasi pada 5.41 petang.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari di permukaan air dalam radius satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Operasi diteruskan sehingga mangsa ditemukan penduduk kampung pada 7.36 pagi tadi, kira-kira satu kilometer dari PKB,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Polis kemudian menghantar mangsa kemudian ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi ditamatkan pada 8.25 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya di lokasi,” katanya operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Gabuh Maradan dengan bantuan empat anggota polis.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *