Sabah Electricity Laksana Catuan di Belakan Elektrik

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) ingin memaklumkan bahawa catuan bekalan elektrik secara berjadual akan dilaksanakan di beberapa kawasan di seluruh Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

Keadaan ini berpunca daripada gangguan pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang telah menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP), sekali gus menyebabkan pengurangan kapasiti penjanaan elektrik dalam sistem grid Sabah.

Langkah ini dilaksanakan sebagai usaha pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik negeri terus terpelihara sementara usaha pemulihan kapasiti penjanaan sedang dilaksanakan.

Sabah Electricity memahami kesulitan yang akan dialami oleh pengguna akibat pelaksanaan catuan bekalan ini dan sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan tempoh gangguan.

Maklumat terkini mengenai kawasan yang terlibat serta perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Facebook Sabah Electricity Careline dan pengguna juga boleh menghubungi Sabah Electricity Careline di talian 15444.

Sabah Electricity memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya sepanjang tempoh catuan bekalan dan mengikuti pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *