Suami Maut, Isteri Parah Dalam Nahas Dua Kenderaan di Beluran

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

BELURAN: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki pasangan itu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Telisai, Sapi Nangoh, tengah hari Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.57 tengah hari itu, pasangan berkenaan sedang dalam perjalanan dari Beluran ke Telupid sebelum kenderaan mereka bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Pemandu MPV disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Beluran untuk rawatan lanjut.

Empat penumpang pacuan empat roda, terdiri daripada dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah hari sebelum mengerahkan tujuh anggota ke lokasi sejauh kira-kira 45 kilometer.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa cedera dibawa ke hospital oleh KKM,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 2.56 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *