Ribut Petir Dijangka Melanda Tiga Daerah Di Sabah Sehingga 12 Tengah Hari Ini

KOTA KINABALU: Ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di Sabah sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.30 pagi, kawasan dijangka terjejas di Tawau, Sandakan, dan Kinabatangan.

Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada kerana hujan lebat dan angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan di kawasan terjejas.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *