Remaja Cuba Terjun Bangunan Diselamatkan di Putatan

Pasukan bomba menenangkan mangsa di lokasi kejadian.

PUTATAN: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun daru tingkat dua sebuah bangunan di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan Noor Sherriyana Bohari berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.29 malam melalui talian balai sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan mangsa berada di tingkat dua bangunan dan dalam keadaan tidak stabil emosi sebelum berjaya ditenangkan oleh rakan-rakannya.

“Tindakan pantas rakan mangsa serta pasukan bomba berjaya mengawal keadaan dan memastikan keselamatan mangsa serta kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan pemerhatian lanjut oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.

“Operasi dikawal sepenuhnya dan ditamatkan pada jam 1.08 pagi,” katanya.

JBPM mengingatkan masyarakat supaya prihatin terhadap individu yang menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi dan digalakkan mendapatkan sokongan daripada keluarga, rakan serta pihak berwajib.

Orang ramai yang berdepan tekanan atau masalah emosi disaran menghubungi talian bantuan seperti Befrienders di 03-76272929 untuk mendapatkan khidmat sokongan dan kaunseling.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *