[TERKINI] Kes Zara Qairina : Bedah Siasat Sahkan Kecederaan Otak Teruk

M. Kumar

KUALA LUMPUR : Dapatan bedah siasat ke atas Allahyarham Zara Qairina Mahathir adalah selari dengan diagnosis awal, iaitu kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak konsisten dengan jatuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, bedah siasat 10 Ogos itu dihadiri tiga doktor, masing-masing seorang dari Hospital Serdang dan dua dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Menurutnya, kecederaan yang ditemui adalah selari dengan dapatan awal yang menunjukkan ia konsisten insiden jatuh.

Mengulas mengenai ketidakpatuhan pegawai penyiasat tidak memohon untuk bedah siasat pada peringkat awal, beliau berkata, perkara itu adalah asas siasatan sekiranya kematian menimbulkan keraguan.

“Walaupun ada permohonan keluarga untuk tidak menjalankan bedah siasat, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon prosedur itu sekiranya terdapat keraguan terhadap punca kematian.

“Setiap kematian yang menimbulkan syak wasangka wajib melalui proses bedah siasat.

“Pegawai penyiasat perlu menasihati keluarga dan memastikan prosedur itu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua dapatan bedah siasat juga sudah dijelaskan kepada keluarga mangsa secara telus dan difahami bahawa prosedur ini sepatutnya dilakukan sebaik sahaja kematian berlaku bagi memastikan bukti forensik tidak terjejas.

SumbeR: Harian Metro

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *