
KOTA KINABALU : Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini pada Isnin.
Ketiga-tiga tertuduh, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan ahli perniagaan, Datuk Albert Tei atau Tei Jiann Cheing membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
SumbeR: Sinar Harian
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah