
KOTA KINABALU : Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ hadir di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah melibatkan lesen perlombongan di Sabah.
Individu berkenaan yang berpakaian kemas dan diiringi peguamnya tiba kira-kira jam 8 pagi untuk prosiding pendakwaan.
Difahamkan, selain ahli perniagaan tersebut, dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan yang berkaitan.
Kes ini dipercayai berkait dengan skandal melibatkan pemberian dan penerimaan suapan sebagai balasan untuk kelulusan lesen perlombongan mineral di beberapa kawasan strategik di negeri ini.
Setakat ini, identiti penuh ketiga-tiga individu masih belum didedahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. Sementara itu, petugas media termasuk wartawan dan jurugambar dilihat mula memenuhi kawasan mahkamah sejak awal pagi bagi membuat liputan kes berprofil tinggi ini.
Perkembangan lanjut dijangka diumumkan selepas prosiding pendakwaan berlangsung.
SumbeR: SINAR
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah