JIM Sabah Buru Tahanan Lolos Dari Depot Imigresen

SH Sitti Saleha (tengah) ketika sidang media berkenaan tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang daripada dua lelaki yang melarikan diri dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, di sini, masih bebas dan gerakan mencari suspek giat dijalankan.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pihaknya percaya suspek berusia 28 tahun itu masih bersembunyi di sekitar daerah ini.

Katanya, suspek yang dikenali sebagai Elvin Salim melarikan diri bersama seorang lagi tahanan pada 14 Jun lalu.

“Bagaimanapun, seorang lagi suspek, Lan Dais, 30, berjaya ditahan semula sehari selepas kejadian di kawasan hutan bukit berhampiran Telipok.
“Berdasarkan maklumat keluarga, suspek dipercayai masih bersembunyi di daerah ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek melarikan diri berikutan keadaan depot yang sedang dinaik taraf.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai cedera ketika memanjat pagar tinggi untuk terjun ke bahagian luar depot.

“Bangunan depot yang ada ketika ini masih di struktur lama dan memberi peluang kepada tahanan melarikan diri,” katanya.

SumbeR: HMetro

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *