
TAWAU: Tiga buah rumah dan tiga buah kenderaan dilaporkan berlaku di Jalan Apas Batu 4, Tawau, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, turut memusnahkan tiga buah kenderaan yang parkir di rumah berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.15 tengah malam.
Katanya, sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama empat buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam.
“Sebaik tiba, pasukan bomba terus menjalankan operasi memadam menggunakan dua aliran dari sumber air pili bomba.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.57 tengah malam dan kebakaran membabitkan kemusnahan tiga buah rumah serta tiga buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, setakat ini tiada laporan mengenai mangsa yang terlibat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.20 pagi.
“Pasukan forensik bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa.
“Operasi turut dibantu Bomba Komuniti Kampung Titingan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah