Lima Cedera Pacuan Empat Roda, MPV Bertembung Di Kudat

Kedaan kedua-dua kenderaan selepas kemalangan.

KUDAT: Lima individu mengalami kecederaan selepas kereta pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bertembung di Kampung Gumandang, Jalan Kampung Gumandang Menuju Ke Simpang Mengayau Kudat di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 8.44 pagi.

“Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah  kenderaan yang bertembung lalu terbabas di tepi jalan. 

“Tiga mangsa di dalam kenderaan pacuan empat roda sudah dihantar orang awam ke Hospital Kudat sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi.

“Dua lagi mangsa yang cedera ringan di kenderaan MPV diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya dihantar ke Hospital Kudat menggunakan EMRS dan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, sebaik memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *