Malaysia Tak Layan Tuntutan Ke Atas Sabah

KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menegaskan pendirian tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan mana-mana pihak ke atas sebahagian atau keseluruhan Sabah.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ini kerana Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan bukan wilayah yang boleh dipertikaikan.

“Isu berkenaan tuntutan ke atas Sabah juga telah beberapa kali dibincangkan semasa pertemuan dua hala antara pemimpin Malaysia dan Filipina.

“Kedua-dua belah pihak mempunyai persefahaman bahawa isu ini tidak akan dibangkitkan di mana-mana platform sama ada di rantau ini atau di peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya, tiada keperluan bagi Malaysia membawa isu mengenai tuntutan Sabah ke mesyuarat atau sidang antarabangsa seperti ASEAN, Negara-Negara Berkecuali atau pun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.

Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum ini pernah membahaskan tuntutan Filipina terhadap Sabah melalui pengeluaran peta yang mendakwa negeri itu adalah sebahagian wilayah negara berkenaan. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *