Pelajar Sabah Naib Johan Teater Maya Di Karnival Seni Portugal

KENINGAU: Pasukan Kolej Vokasional Keningau yang terdiri daripada enam orang pelajar jurusan kosmetologi telah menyertai karnival seni Portugal dalam kategori teater maya pada 25 September 2021.

Pasukan itu terdiri daripada Elysca Florey Jackson, Syahirah Nur ain Binti Rasmet, Nurshawinnda Binti Juhtin, Calviana Adeline Tadahogay Martin, Sharon Rovina Digul dan Ellysandra O’vya Etor. Persembahan mereka telah dianugerahkan naib johan oleh pihak penganjur.

Mereka telah dilatih oleh Cikgu Nurazilah Binti Hj Othman dengan bantuan Cikgu Bibiana Paulus.

Para pelajar ini menggunakan teknik solekan muka untuk meningkatkan keberkesanan lakonan watak mereka dalam teater tersebut.

Bele-Bele merupakan bahasa Bajau yang boleh diterjemahkan sebagai orang-orang iaitu replika seakan-akan manusia yang digunakan untuk menyakutkan burung agar tidak mendekati kawasan sawah padi.

Kisah ini menceritakan seorang makhluk ajaib yang badannya diperbuat daripada jerami dan makhluk ini rasa tersisih kerana masyarakat setempat sentiasa bersangka buruk dengannya niat baiknya.

Nasibnya berubah apabila dia berjaya menjumpai bakat uniknya yang boleh digunakan untuk membantu komuniti.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa bangga dan terharu dengan dedikasi para pelajar kolej tersebut yang gigih menyertai pelbagai pertandingan dan program dalam dan luar negara secara dalam talian dan berjaya membuktikan bahawa pandemik ini tidak menghalang mereka untuk membuat persembahan seni.

Kolej ini telah menyertai pelbagai aktiviti seni sejak awal tahun ini seperti pertunjukan boneka, penceritaan dan pembacaan puisi.

Video persembahan teater tersebut:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *